Ingin menempah produk Stainless Steel atau produk Islamik? Boleh hubungi kami di WhatsApp
Setelah menyiapkan Kompleks Silat Cekak Dewan Datuk Haji Maideen, AMFIA SDN BHD meneruskan projek dengan PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA untuk naik taraf Surau berdekatan dengan Pintu Utama Dewan.
Dengan keluasan 55ft (L) x 20ft (W) x 10ft (H) serta menggunakan struktur seperti tapak konkrit,tiang sokongan besi, dan sistem rangka struktur untuk menampung beban tambahan dari tingkat atas. Anggaran jemaah boleh muat sehingga 100-120 orang jemaah. Ukuran berdasarkan
1 orang = 2.5ft x 4ft = 10 kaki2, 1200 kaki / 10 kaki = 120 jemaah.
Terdapat beberapa info yang kami akan kongsikan berkaitan dengan projek Surau Kompleks Dewan Seni Silat Cekat Dewan Datuk Haji Maideen.
Anggaran Beban yang Ditanggung
Tambahan beban tingkat atas (bahan binaan, atap, lantai, manusia): ±10-15 tan
Anggaran jumlah beban keseluruhan: ±10- 15 tan
Perlu sokongan lebih kuat berbanding struktur biasa.
Tapak konkrit perlu lebih tebal dan diperkuat dengan tetulang besi yang lebih padat
Dimensi: 23ft x 55ft
Ketebalan konkrit:300mm - 400mm (12” - 16”)
Jenis konkrit: Reinforced Concrete (RC) gred C35 atau lebih
Tetulang besi (Rebar):
Lapisan bawah: Rebar 16mm @ 150mm c/c
Lapisan atas: Rebar 12mm @ 200mm c/c
Tetulang tambahan di bawah tiang untuk kestabilan
Footing (Tapak Tiang) Setiap Tiang:
Saiz: 1000mm x 1000mm x 600mm (3.3’ x 3.3’ x 2’)
Kekuatan beban: Boleh menampung 6-8 tan per tiang
Untuk memastikan surau bertingkat selamat digunakan dengan H-Beam atau I - beam:
H-Beam (Struktur Keluli)
- Saiz: H-Beam 250mm x 250mm x 9mm 10ft (H) =
- atau I-beam 300mm x 165 mmx 52kg x 10 ft =
- Ketebalan flange/web: 9mm
- Bilangan: 6 unit
- Kelebihan: Kuat untuk menampung struktur bertingkat
- Kekurangan: memerlukan pemasangan welding yang baik
Sokongan Tambahan untuk Struktur
Untuk mengukuhkan tiang H-Beam beberapa sistem sokongan :
a) Beam Melintang (Horizontal Beam)
Jenis:I-Beam 250mm x 165mm x 6mm
Jumlah: 20ft 3 unit 40ft 3 unit (di bahagian atas tiang)
Fungsi:
Menghubungkan tiang untuk mengelakkan pergerakan struktur.
Menyediakan tapak kuat untuk lantai tingkat atas
Menyokong beban tambahan dari atap.
b) Cross Bracing (X-Support)
Jenis:Hollow Steel 75mm x 75mm x 5mm
Lokasi: Dipasang secara diagonal antara tiang
Fungsi:
Mengelakkan bangunan bergoyang akibat angin atau getaran
Meningkatkan ketahanan struktur terhadap tekanan lateral
Mengukuhkan tiang H-Beam untuk beban tidak sekata
c) Base Plate & Anchor Bolt (Tapak Tiang)
Jenis: Plat besi 300mm x 300mm x 15mm ikut saiz tiang
Bolt: Anchor Bolt M20 (4 unit per tiang)
Fungsi:
Menyambungkan tiang dengan tapak konkrit.
Mencegah pergerakan tiang akibat beban menegak dan lateral.
Mengukuhkan sambungan antara konkrit dan tiang H-Beam.
4. Struktur Lantai & Tingkat Atas
Untuk lantai tingkat atas, beberapa pilihan boleh digunakan:
Steel Decking dengan Lantai Simen
Lapisan bawah: hollow Steel Decking 50mm x 100mm x 1.9mm = 34btg
Lapisan atas: simen board 12mm to 15mm = 28 pcs
Concrete Screed 50mm - 75mm = pasir kasar 1lori 3tan simen 20 beg
Kelebihan: Ringan, lebih cepat dipasang
Kekurangan: kurang kedap bunyi
5. Reka Bentuk Struktur dinding
sandwich panel ( 3000mm x 1160mm x 50mm) = 38 pcs
sudut &tengah bangunan 100mmx 100mmx 1.9mm = 8btg (Industrialised Building System)
Atap menggunakan metal deck P.U 24ft =22pcs
Besi 2 x4 x 1.6mm - 10 batang
Besi 1.5" x 1.5 " x 1.2mm - 10 batang
Dalam surau pun kita pakai beberapa elemen yang menarik. Apa yang kami guna untuk proses interior design?
Lantai vinyl (Jenis PVC/Vinyl flooring)
Islamic Mihrab 1 set:
Ukuran dinding 2800 mm
CLC Islamic Design (1062mm x 862mm)
Fluted Panel (2800mm x 1233.95mm)
PVC Leather (500mm)
Marble Panel Wall Design (1219mm)
Islamic Arch jenis CLC