Ingin menempah produk Stainless Steel atau produk Islamik? Boleh hubungi kami di WhatsApp
AMFIA SDN BHD telah memulakan projek pembinaan bersama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) untuk membina Dewan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia cawangan Johor Bahru pada bulan Jun 2025. Projek ini telah dirancang untuk menambah lagi Dewan untuk penggunaan orang ramai terutamanya kepada ahli Silat Cekak untuk membuat latihan di dewan tersebut.
Terdapat beberapa peringkat untuk menyiapkan projek dewan ini. Kita akan terangkan satu demi satu dalam proses pembinaan dewan. Antara proses yang kami akan terangkan adalah:
KEGUNAAN COOHOM UNTUK LAKAR BENTUK DEWAN
PERMULAAN PROJEK PEMBINAAN DEWAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
PEMASANGAN STRUKTUR BANGUNAN
PERSIAPAN INTERIOR DESIGN
Dalam industri pembinaan, perancangan merupakan aspek yang amat penting. Sebelum permulaan projek, syarikat kami akan menyediakan lakaran reka bentuk dewan menggunakan platform Coohom. Beberapa lakaran awal akan dihasilkan dan dibentangkan bagi tujuan perbincangan serta penambahbaikan.
Setelah melalui beberapa peringkat semakan, satu lakaran reka bentuk telah dipilih untuk digunakan dalam projek pembinaan dewan ini. Proses penyediaan lakaran serta mendapatkan persetujuan daripada semua pihak yang terlibat mengambil masa selama dua (2) bulan. Secara keseluruhannya, majoriti reka bentuk yang dibangunkan melalui Coohom dikekalkan dan diaplikasikan dalam pembinaan akhir sepanjang tempoh pelaksanaan projek.
AMFIA SDN BHD telah mulakan projek pembinaan Dewan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Projek bermula pada Jun 2025 di mana syarikat kami akan lalui beberapa peringkat supaya projek ini berjalan lancar.
Antaranya ialah:
Meratakan tapak binaan
Pemindahan kontena pekerja ke tapak site
Penghantaran barang di site
Membuat tapak gajah(Pad Footing)
Pemasangan tulang rusuk tapak site
Proses simen lantai
Beberapa kerja seperti struktur tiang I-Beam dan rafter telah dibuat di kilang untuk memudahkan proses kerja semasa di tapak pembinaan. Inilah senarai kerja yang kami buat semasa di dewan sebelum bawa ke tapak pembinaan:
Penyediaan struktur rafter dan sambung rafter
Memasang stopper purlin
Memasang plate pada bolt dan nut
Penyediaan struktur beam
Pasang base plate dan jointer plate
Welding struktur beam dan rafter
Pembersihan karat dan mengecat struktur besi
Penyediaan gutter serta sokongan plate
Setelah melalui beberapa proses untuk menyediakan gutter & struktur bangunan, baru bawa ke tapak pembinaan dari dewan untuk meneruskan ke fasa 3.
Dalam fasa ini , kami memulakan proses menaikkan struktur dengan menggunakan crane 50 tan untuk mengangkat tiang I-beam. Konsep yang kami guna adalah Bolt&Nut dimana ia akan memudahkan lagi proses untuk siapkan struktur. Konsep ini adalah dimana kita akan menyambungkan struktur sebelum ia dinaikkan dengan menggunakan crane.
Setelah struktur sudah siap disambungkan , barulah mula proses pemasangan.
INFO PEMASANGAN STRUKTUR BANGUNAN SERTA TARIKH PEMASANGAN:
Penghantaran rangka besi pada (28/07/2025)
Permulaan pemasangan rangka besi (04/08/2024)
Pemasangan sistem elektrikal dan paip air
Purlin & P.U metal deck tiba di dewan ( 04/08/2025 )
Wall panel dalam sampai di dewan (31/8/2025)
Marble panel tiba di dewan (31/8/2025)
Salur air sampai on site (26/7/2025)
Pemasangan aksesori & Barang civil
Pemeriksaan dan pengesahan struktur tapak utama
Pengurusan mesin on site
Terdapat beberapa isu yang kami hadapi. Antaranya ialah:
Kelewatan Bahan: Minimum sebarang kelewatan dalam penghantaran bahan binaan.
Pihak supplier sedang berusaha untuk mengatasi isu ini dengan mengejar jadual semasa.
Cuaca: Keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan sedikit penangguhan dalam kerja luar.
Senarai kerja yang telah lakukan dalam fasa 3 sepanjang bulan Ogos 2025:
Pemindahan P.U metal deck dan purlin dari lori ke tapak site
Memindahkan struktur pada kedudukan yg hendak di pasang
Pembersihan ruangan kerja
Memasang bracket untuk gantung gutter
Persiapan accessories untuk pemasangan structure
Persiapan akhir sebelom struktur di naikkan
Menaikkan struktur tiang, rafter, wind bracing dan gutter
Memasang purlins
Menaikkan tiang untuk dinding dewan
Memasang purlins sag rod
Menyambung gutter
Menaikkan PU foam metal deck
Pemasangan bumbung
Penyambungan paip air turun dari gutter
Menegakkan 10 I-Beam
Penyambungan paip air turun dari gutter
Menaikkan purlins bagi dinding dewan
Menggali laluan pipe air dari gutter
Membuat sum longkang
Membuat box bagi concrete tiang dan menyambung semula beam sedia ada di bangunan fasa 1
Menaikkan tulang tengah struktur
Proses menyambungkan besi struktur
Penyambungan paip air gutter di bahagian bawah
Persiapan sum bagi joining point air turun dari gutter
Concrete semula footing
SENARAI KERJA YANG DILAKUKAN PADA BULAN SEPTEMBER 2024:
Pembinaan bilik tetamu , pejabat , dapur dan tandas
Proses membina struktur di dalam dewan
Plaster bahagian yg telah diikat batu
Pemasangan tangga untuk infrastruktur di dalam dewan
Memasang wall panel
Menaikkan dan memasang bingkai dinding dewan
Pemasangan main switch board 63A, 2 output 3 pole (MSB)
Pemasangan siling plaster
Pemasangan sistem bekalan air
Membuat tempat untuk letak water tank 5500 liter
Memasang tandas
Mengikat batu
Pembersihan kawasan kerja
Letak plaster dan memasang tile di bilik air lelaki
Memasang dan menarik wayar bagi point lampu dan plug di bahagian dinding
Meratakan concrete beam supaya selari dgn dinding sedia ada
Meratakan beam sedia ada
Memasang wall panel di dalam dewan
Pemasangan lampu high bay (testing)
Wiring dan pemasangan box socket
Structure bumbung belakang dewan
Pemasangan wiring kipas
Memasang frame socket
Wiring
Membuat platform utk tangki air di bangunan
Rangka & dinding bilik
Pemasangan Marble
Dinding bilik pejabat
Persiapan rangka siling dari dapur ke bilik
Setelah persiapan membuat rangka bangunan, kami menyediakan beberapa barang untuk membuat proses interior nampak menarik. Berdasarkan reka bentuk di Coohom, kami gunakan reka bentuk tersebut sebagai rujukan utama untuk membina reka bentuk dalam dewan.
Reka bentuk yang unik akan membawa pengguna lebih selesa semasa penggunaan dewan yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya majlis kahwin dan banyak lagi.
SENARAI KERJA REKA BENTUK DALAM DEWAN:
Pemasangan rangka atap pada tepi dewan
Pemasangan marble di tandas bilik vvip
Dinding bilik vvip dan dapur
Persiapan rangka siling dari dapur ke bilik
Pembinaan bilik mesyuarat
Main Entrance dan design signage
Lighting stage
Pemasangan sandwich panel
Pembinaan platform tangki simpanan air 1000 gallon dapur
Bilik VVIP 1 dan VVIP 2
Pembinaan saluran air
Pembinaan longkang utama & laluan kereta
Leveling lantai dewan
Pemasangan siling dewan
Pemasangan kipas siling
Pemasangan lantai
Pembinaan tandas
Pembinaan dapur
Pemasangan tiles
Selain membuat dewan utama, terdapat beberapa info tambahan kami
dapat kongsikan pada setiap sudut di dewan. Antaranya ialah:
1. Meeting Room
Pemasangan aircond baru
Pemasangan carpet untuk bahagian lantai
2. Bilik VVIP 1
Pemasangan aircond baru
Pembinaan tandas
Pemasangan marble panel
3. Bilik VVIP 2
Pemasangan aircond baru
Pembinaan tandas
Pemasangan lantai mozek
4.Dapur
Pemasangan ekzos fan
Pembinaan singki dan saluran air
5. Dewan Utama
Pasang sandwich panel di dinding
Pemasangan Metal Deck(PU FOAM) siling bumbung
Pemasangan Signage di main stage utama di dewan
6. Pemasangan elektrik:
High bay 10 point LED 300W & pemasangan kipas HVL 7.3 meter, downlight
Spotlight keliling Dewan 17 point untuk kegunaan majlis
Pemasangan exhaust Fan
Pemasangan lampu dinding di keliling dewan
The Company The Business Helpful Links Contact Information
Home Product Ask Our Agent AI ✆+60 13-838 8582
About Us Services Contact Us ✆+60 13-426 8582
History of AMFIA Projects ✉enquiry@amfia.co
⚲ Lot 4931, Jalan Senawang 3, Kawasan Perusahaan Senawang, Senawang 70450 Seremban, Malaysia